Tuesday, October 7, 2008

OBJEKTIF KELAS RANCANGAN KHAS

  • Menghasilkan 100% murid mendapat perfect score dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)
  • Menyediakan wakil-wakil sekolah dalam pertandingan kokurikulum di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
  • Menghasilkan murid-murid yang memiliki dan mengamalkan keperibadian tinggi dan mulia sepanjang masa
  • Menjadi role model kepada murid-murid lain

MATLAMAT KELAS RANCANGAN KHAS

Melahirkan murid yang cemerlang dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah

MISI KELAS RANCANGAN KHAS

Kelas Rancangan Khas berusaha untuk membentuk murid supaya boleh menyerlahkan potensi sebenar dari segi komitmen dan kualiti agar boleh bersaing dalam dunia global, dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif berteraskan penambahbaikan yang berkesan

VISI RANCANGAN KHAS

KRK HSM: Terus Cemerlang dan Gemilang Menjelang 2015

KATA-KATA ALUAN PENGETUA

Assalamualaikum wbkth. dan salam mesra,

Program Kelas Rancangan Khas telah dilaksanakan di Sekolah Tinggi Muar sejak tahun 1970 lagi. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar bumiputera yang cemerlang dari segi akademik tetapi tidak berjaya memasuki asrama penuh melanjtkan pelajaran ke sekolah yang terkawal. Semakin bertambahnya bilangan murid bilangan murid yang memperolehi keputusan UPSR cemerlang setiap tahun dan Sekolah Berasrama Penuh tidak dapat menampung mereka sepenuhnya.

Kini terdapat enam kelas Rancangan Khas di Sekolah Muar dengan dua kelas setiap Tingkatan 1,2 dan 3. Matlamat sekolah adalah dapat membimbing murid KRK mengekalkan perolehan prestasi peperiksaan awam yang cemerlang khususnya PMR. Selain itu adalah harapan pihak sekolah untuk melahirkan anak murid yang aktif dan cemerlang dalam aktiviti kokurikulum sehingga berjaya ke peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. Sahsiah pelajar yang berketrampilan tinggi, berbudi bahasa dan berkelakuan mulia dibentuk supaya dapat merealisasikan cogankata sekolah :

HSM: Mould of a Scholar, Sportsman and Gentlement
Akhir kata, dengan sokongan dan kerjasama kuat para ibubapa dan masyarakat tempatan pasti visi dan misi program Kelas Rancangan Khas tercapai. InsyaAllah
Sekian, terima kasih
Pengetua,
Sekolah Tinggi Muar